Tuesday, March 16, 2010

DESTINASI BAJET KAMI DI LANGKAWI


part 1

Sunday @24 january 2010@ 2.00 a.m

Thursday @ 4 february 2010 @ 1.55 a.m

Langkawi….langkawi…langkawi…terkenal dengan legendanya yang tersendiri. Cerita mahsuri yang tidak berdosa, sumpahan mahsuri yang pulau Langkawi tidak akan maju sehingga tujuh keturunan, legenda pulau dayang bunting, keindahan pulau – pulau ciptaan ALLAH TAALA yang terdapat di Langkawi adalah antara faktor orang melancong di Langkawi disamping faktor lain. Faktor ini jugalah yang menyebabkan aku memasang impian untuk menjelajah seluruh pulau Langkawi. Aku ini jenis yang suka berjalan sambil meneroka alam ciptaan ALLAH. Impian ini memang aku dah lama pasang kat hati ini tapi masa tak mengizinkan. Alhamdulillah aku dapat tawaran sambung belajar kat arau begitu dekat dengan Langkawi. aku ingat bila dapat belajar kat sini senang la ak nak pergi jalan – jalan kat Langkawi dengan kengkawan ak tapi dari satu semester ke satu semester tak lepas – lepas pergi gak. Hurm....bila la aku boleh pergi??? Masa dalam semester 3 aku berasa begitu semangat ataupun bak kata orang kampung kawan aku ‘excited’ la. Kengkawan ak rancang nak pergi waktu awal semester 4. I’m felt very excited to go to Langkawi until i save my money to spent at there but.... Yeah we can only plan but its all in ALLAH power. Waktu tu aku betul – betul rasa down gila sebab tak dapat gi Langkawi actually i had to go to Langkawi with my lovely family when i’m about 17 years old. Tapi waktu tu ak pergi balik hari je tak tidor kat Langkawi pun.aku pendek kan cerita aku dapat la pergi Langkawi dengan kawan – kawan ak.

Kitorang rancang nak pergi 3 hari 2 malam bawah budget rm200 seorang. Sebelum pergi kitorang surf internet cari kereta sewa, hotel, tempat – tempat untuk melawat kat Langkawi. Alhamdulillah kitorang dapat kereta sewa kia picanto rm70 untuk 24 jam. Agak selesa la untuk 4 orang naik. Tapi untuk hotel atau resort kitorang tak jumpa yang bawah budget kitorang. Hal ini kitorang tawakal je sampai kat Langkawi baru kitorang pusing – pusing cari.

Kitorang rancang pergi hari jumaat lepas aku habis kelas cmt203 pukul 10 pagi tapi kelas hari itu dibatalkan. Jadi kitorang bersiap dan dalam pukul 10.15pagi kitorang naik teksi pergi kuala perlis. Kitorang kena bayar rm20. Bila sampai kat jeti kuala perlis kitorang terus beli tiket feri harga rm 18 seorang. Masa nak berbaris beli tiket feri, ada ulat yang tolong kitorang cari hotel yang sesuai dengan budget kitorang. Bincang punya bincang kitorang dapat hotel ASEANIA kat pantai cenang. Harga 1 bilik rm140 semalam, ada 1 katil size king size, tv, peti ais, kolam renang paling best kat Langkawi tapi sayang kitorang tak sempat pun nak mandi kolam sebab pusing – pusing Langkawi pun tak habis.....Hotel ini memang selesa gila la.

Apa lagi nak cerita ek???hurm...sampai je kat jeti Langkawi kitorang terus ambik kereta sewa. Selesai je semua urusan kitorang terus cari stesen minyak on the way nak pergi hotel. Minyak kereta kitorang isi RM 20 je. Waktu nie kawan aku yang bawa. Kitorang sampai hotel aseania dalam pukul 1 petang. Sebenarnya kitorang dapat 1 bilik yang untuk tiga orang je duduk tapi kitorang sumbat je sampai empat orang 1 bilik. Urusan check in agak lembab la dalam setengah jam gak la nak settle semua urusan. Kitorang rehat jap, solat dan ada yang mandi lepas tu terus kitorang pergi Underwater world Langkawi. sebenarnya kitorang rancang nak pergi Island Hopping petang Jumaat tu tapi memandangkan angin petang tu agak kuat dan agen tu nasihatkan kitorang supaya batalkan petang tu dan pergi pagi esoknya. So, kitorang enjoy kat Underwater world Langkawi. Seorang kena bayar rm22 sebab pakai student card. Macam – macam speses binatang ada kat situ seperti hidupan laut, burung, serangga dan banyak lagi la. Walaupun aku dah pergi dua kali termasuk ni tapi perasaan lain sebab yang pertama kali aku pergi dengan family dan yang ini aku pergi dengan kawan – kawan. Jadi, situasi dan perasaan itu dah jadi lain tapi dua – dua trip memang best la. Part of my unforgetable memory. Lepas tengok binatang kitorang sampai bahagian cenderahati. Kitorang beli keychain dan kitorang dapat jumpa anak amy search tapi tengok dari jauh la. Lama gak la kitorang round kat dalam tu sambil ambik gambar buat kenangan kitorang.

Lepas tu, kitorang pergi window shopping kat kedai duty free kat sederet Underwater world Langkawi. ada gak la barang yang kitorang beli terutama untuk makan kat hotel dengan bekal untuk island hopping. Habis semua tu kitorang terus balik hotel. Kitorang mandi, rehat dengan solat jamak dan qasa kat bilik kitorang. Pukul 8.30 malam kitorang keluar naik kereta dan kitorang letak kereta kat depan Underwater world Langkawi. Banyak kedai kat depan Underwater world Langkawi. So, kitorang pergi tengok barang dari satu kedai ke satu kedai sambil – sambil tu kitorang beli barang untuk sendiri dengan family. Malam tu tak banyak barang sangat kitorang beli tapi survey je lebih. Kitorang singgah makan kat tapak pesta sambil tengok orang buat show.

Pukul 11 malam kitorang dah sampai bilik. Kitorang tukar baju dan buat apa yang patut lepas tu semua orang terus tidur. Agak awal jugak la kitorang tidur malam tu sebab esok kena bangun awal nak pergi island hopping pukul 9 pagi dan mungkin penat jugak la.

Kitorang dapat 4 kupon (2 kupon sarapan untuk 1 hari) untuk dua orang je. Apa yang kitorang buat???hehe...mula – mula dua orang masuk dulu dengan kupon lepas tu dua orang lagi masuk dengan selambe je. Kitorang buat macam tu untuk dua kali sarapan maknanya untuk sarapan kitorang dapat jimat duit. Punya la puas kitorang makan sampai masing – masing dah tak larat nak tambah dah.

To be continued....

1 comments:

Unstableheart said...

hi arniza. minggu depan sy nk pegi langkawi ada konferens. boleh tak nak tau contact number utk sewa kia picanto tu? tau tak nama company kereta tu? bls di emel atau no di bwh ye. terima kasih =]


imran_baim@yahoo.com
019-7352504

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates