Friday, November 26, 2010

Hari Kedua di Langkawi yg Penuh dengan Aktiviti yg Sungguh Menarik

Part 2

Tuesday 23 november 2010

Wah! Lama gile ak tggl blog ak nie…smpai org komen pun ak xtau…ok kita sambung balik. Ktorang bangun punya awal dalam pukul 6pagi sbb excited gila. Dalam 8pagi, bawa picanto pergi tmpt utk islang hopping. Waktu ktorang sampai, punya la ramai orang dok tunggu nak join program tu…ak, akie, yana n sya naik 1 bot ngan 7 org lain lg… woo…pakcik yg bw bot tu mcm msuk race F1 je laju gile pakcik tu bw bot tu…nasib la sapa2 yg dok bahagian tepi bot mesti lenjun la baju korang…termasuk ak la tu hihi…

Mula2 ktorang dbw ke Pulau Dayang Bunting…dengan dismbut skumpulan cik nyet…Pulau nie dkatakan ada legenda tersendiri. Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya.Struktur Geografi yang membentuk bukit-bukiau serta batu-batan disekeliling tasik ini seolah-olah menggambarkan seorang wanita yang mengandung sedang tidur terbaring. Namun begitu, tasik ini diberi nama sedemikian kerana mengambilkira satu lagenda lama yang mengisahkan perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir dari perkahwinan mereka in telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini. Beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan tetapi telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat melahirkan anak. Dipercayai perempuan mandul akan dapat mengandungkan anak selepas mandi di tasik ini.Ini salah satu crite yg ak dengar la tp xpasti la kesahihannya. MasyaAllah punya lah cantik pulau tu walaupun kena daki dan turun brpuluh anak tangga sampai berpeluh gak la ktorang. Kat pulau tu boleh mandi dlm tasik, fish spa siap guna catfish tu dan mcm2 la leh wat…

Lepas tu ktorang dibawa ke 1 pulau yg byk dengan burung helang kebanggan ataupun simbolik Langkawi…memang byk tul burung tu dan kita leh tgk burung tu sambar makanan atas air. Last skali, ktorang singgah sejam kat pulau pantai putih tu pun klau xsilap ak lah nama pulau tu. Lepak sejam kat pulau tu, ktorang berkelah ngan mandi manda…syok gile…kat pulau nie la ak tggl selipar ak sbb yg sebelah tu tercabut. So de la ak tggl tanda yg ak penah dtg kat pulau tu…huhu.

Habis semua tu ktorang terus blik hotel, tukar baju, dan ktorg kuar blik cari makanan tengahari tapi sbelum tu ktorang singgah jap kat kwsn underwater world sbb nak ambik tiket naik cable car kat agen ulat.. Selesai je makan, kitorang shopping kat kedai duty free kat sederet Underwater world Langkawi tempat semalam. Ada la kitorang shopping sikit2 nak wat blik uni…lama gak la kitorang kat situ smpai xsedar dah petang…so, kitorang terus balik hotel, rehat2 dan tgk pe yg kitorang baru beli tadi…Malam tu ktorang kuar lagi sbb nak cari makanan la pe lg smbil2 tu cari barang utk jadi kn buah tgn utk family dan dalam pukul 11 malam kitorang balik hotel dan terus dibuai mimpi2 indah…hohoho

Pagi sterusnya, semua bangun awal sbb excited nak g naik cable car… So, masing2 kemas beg2, kemas bilik tu secara ala kadar je dan last sekali ktorang check out Selesai je urusan kat hotel ktorang ambik beberapa gmbr kat sekitar hotel tu dan waktu tu pun yg kitorang sempat nak bergambar pun kat hotel tu…Habis semua sesi bergambar ngan check out kitorang terus gi kat tempat cable car…xyah nak beratur pun sbb dah de tiket ngan xramai org pun masa tu…ye la waktu ktorang sampai tu pagi2 kut tu yg xramai sgt pun. Ak nak tergelak pun ada waktu naik cable car tu macam2 reaksi kawan2 ak masa naik benda alah tu…ada yg cuak gile, de yg sibuk ambik gmbr pemandangan, de yg wat2 sembang dengan cerianya pada hal dlm xde sapa yg tahu dan de yg enjoy naik menda alah tu smbil tgk pemandangan luar. Kitorang turun kat pit stop kedua je…kitorang terus berjalan ke jambatan gantung kat situ…Waktu tu punya la kuat angia kat situ smpai bergoyang gak la jambatan tu dan susah gak la nak berjalan ngan nak bergambar sebab dok sibuk pegang tudung daripada melayang-layang. Kat situ kitorang leh tgk gunung mat cincang dan lg 1 gunung yg de btk manusia gak...ntah le pe nama gunung tu... lama gak la kitorang lepak kat situ dalam 2 jam. Lepas semua tu kitorang turun dan jln2 kat kedai souvenir kat sekitar tmpt cable car tu...kat sini ak xshopping pe2 pun kcuali ais krim...tp kwn ak yg lain de yg beli.

Sterusnya kitorang bergerak g ke kwsn dekat2 ngan jeti sbb dah nak balik perlis dah...tp kitorang sempat lg window shopping kat deretan kedai area2 dekat ngan jeti langkawi. Akhirnya kitorang g serah kan balik kerata sewa sbb dah nak abih tempoh sewa kereta tu. Abih urusan serah kereta, kitorang g beli tiket feri dan disebabkan feri lambat lg so kitorang pun lepak kat KFC jeti Langkawi...Kitorang makan tengahari kat situ smbil lyn wifi free...Dah selesai lepak2 ngan mkn2 kat kfc tu kitorang round2 kat dlm bangunan area jeti Langkawi...bila dah smpai masa naik feri kitorang pun siap2 then terus naik feri...kebetulan kitorang dapat feri yg sama dan tmpt duduk yg sama dengan masa kitorang datang langkawi...Alhamdulillah kitorang selamat smpai kat jeti kuala perlis dan terus kitorang tahan teksi suruh antar ke universiti kitorang...

Seronok tul kitorang kat sana smpai xde masa langsung kitorang rasa bosan... sentiasa ada aktiviti yg menarik dan xdpt dilupakan sepanjang kitorang berada di Langkawi. Memang merupakan pengalaman yg xdapat dimana-mana...;) Insyaallah kita rancang trip g mana2 lak ye kawan2...

The end

2 comments:

Liza@Azel@El said...

kak long letak la shout box, senag mau singgah tinggal kesan =3

arnizati_89 said...

hoho...akhir ye mama msuk kwsn ak gak...jap tgh nak update ak ye blog le

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates